Khamis, 6 Januari 2011

Selamat Tahun Baru 2011.

Salam to all. Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru 2011. Sorry la gang, entri baru agak berkurun nak keluar. Bulan lepas / tahun lepas internet kena potong. Online pun kejap-kejap je kat merata tempat. Tahun 2010 banyak memberi kesan sampingan terhadap diri aku sekarang. Azam aku tahun lepas - mengurangkan merungut. Alhamdulillah, dapat le kurangkan sikit merungut tapi masih ada jugak kadang-kadang tu. Azam tahun ni? Belum boleh bagi tau lagi.  hehe. Ok lah, nak share sikit peristiwa yang aku ingat berlaku pada tahun lepas :

1) Berhenti kerja kilang dengan jawatan terakhir sebagai Production Admin cum Auditor cum Trainer cum General Manager cum Incharge Admin cum Assistant Planning.
2) Dapat kerja baru - IT Support for photocopier company.
3) Pergi Thailand.
4) Dapat anak buah baru - Nur Qaisara Alisya (ye ke ejaannya?)
5) Failed 2 subjek dalam keputusan final exam terbaru - total 4 subject kena repeat + 3 subject belum ambik.

Yang tu je la kot yang aku ingat. Dan penghujung 2010 aku mula meng-add ramai classmate zaman aku sekolah dulu. Sorry gang, memang ramai yang aku tak cam. Lemah ingatan sungguh aku ni. aku minta maaf le kalau ada yang terserempak aku tapi aku buat ignore je.

Minggu depan bermula kembali sesi persekolahan 2011. hehe. Tahun ni kena cuba yang terbaik untuk lulus semua subjek sebab tahun ni merupakan final year study aku. Doakan aku berjaya ye gang!



p/s - korang punya azam tahun baru apa ek?