Isnin, 22 November 2010

Tayangan larut malam.

Assalamualaikum. Kisah semalam sebenarnya. Melayan filem "My Sassy Girl" versi Hollywood yang asalnya difilemkan di Korea (tak tau la Korea utara atau selatan) hasil adaptasi dari siri kisah benar surat cinta ditulis oleh Kim Ho-sik yang diterjemahkan kepada novel sebelum digarap menjadi sebuah filem. Amat mengasyikkan. Biasalah, komen dari penggemar genre komedi romantik. Kisahnya mengenai seorang jejaka bernama Charlie Bellow (lakonan Jesse Bradford) yang bertemu dengan si gadis manis bernama Jordan Roark a.k.a si pemabuk yang cantik dan kaya (lakonan Elisha Cuthbert) yang dalam keadaan mabuk dan membahayakan di stesen keretapi bawah tanah lalu mamat ni membawa pulang si pemabuk ini ke apartmentnya dan mereka tidak melakukan seks. (haha!)

Pada awal episod percintaan mereka, si pemabuk ini memang banyak menyusahkan si Charlie ni. Dibulinya si Charlie ni sehingga menggagalkan kerjaya si Charlie yang seperti seorang lurus bendul. Beliau sentiasa melayan karenah gila si pemabuk ni. Tetapi lama kelamaan Charlie walaupun tahu si pemabuk ini seperti orang gila, tapi mula merasakan yang beliau telah mula jatuh cinta kepada si pemabuk cantik bernama Jordan Roark. Percintaan mereka ditentang oleh bapa si pemabuk yang beranggapan si Charlie ni punca tabiat kaki botol si Jordan.

Pada suatu hari, si pemabuk menyuruh Charlie menulis surat cinta mengenai perasaan masing-masing dan menyimpannya di dalam sebuah termos dan meminta membacanya pada tahun akan datang. Pada masa yang ditetapkan, hanya Charlie saja muncul. Di dalam surat yang ditulis si pemabuk, beliau menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku kepada diri si pemabuk dan kenapa beliau bertindak seperti membuli si Charlie. Hanya pada keesokan harinya si pemabuk memunculkan diri untuk membaca surat si Charlie.

Pada pengakhiran cerita, mereka dipertemukan kembali oleh mak kepada bekas tunang Jordan yang juga mak kepada sepupu Charlie atau senang cakap, makcik dia le. Pada pertemuan dramatik itulah mereka berkucup untuk kali pertama dan filem ini disudahi dengan tiada adegan seks langsung dalam cerita (hahaha!).

Daripada aku membebel yang bukan-bukan, lebih baik aku review filem. hehe. Bagi menghangatkan rasa asmara anda, ini aku sertakan petikan klip video cerita tersebut. Lagu tersebut mendodoi aku tidur lena semalam. hehe. Walaupun filem ini dah lama, tapi mungkin masih ada yang belum menontonnya. Untuk mendapat impak yang lebih hebat, adalah disarankan untuk menonton yang versi Korea. Yang tu aku belum download lagi. Ada kelapangan nanti aku download. :)

p/s - Harap maaf jika review aku tidak tepat. Ini hanya sekadar pandangan peribadi sahaja.

5 ulasan:

  1. Ada dapat EPF/SoCSO ka tolong buat review ni?

    BalasPadam
  2. tiada adegan seks??bow..ring

    BalasPadam
  3. Griffin666 - Hanya mendapat kepuasan diri. :)
    Lish - Kekuatan sebuah filem bukan kerana adegan seks yang memberahikan. :)

    BalasPadam
  4. lish tu memang selalu berahi, aku tau

    BalasPadam
  5. filem hollywood tanpa adegan sex ibarat air laut yang tak masin (analogi apakah ini?)

    BalasPadam