Ahad, 14 November 2010

Ralat.

Hari ni sibuk. Pagi tadi aku dalam keadaan ralat. Orang pi periksa petang, aku pi sebelum subuh. Apa kejadahnya? Penderitaan ini ditambah lagi dengan aku terlupa tutup zip seluar masa tiba di venue peperiksaan tadi. Ada gadis semasa pulak tu kat situ. Diaorang tak perasan kot. Adeh.. Dengan gaya cool aku selamba mambe menarik zip. Adeh, tersangkut pulak. Aksi itu berlarutan selama 20saat agaknya. Maskot aiskrim Mat Kool pun reti zip seluar.

Ketika tiba, aku mula sangsi dengan keadaan sekeliling. Tak nampak pun kelibat classmate aku. Aku cuba menghubungi seseorang. Panggilan hangit dijawab. Sah, aku salah timing. Untuk mengubat hati yang lara, aku pun menghubungi Karim untuk mengajak mengeteh. Kami berbual pasal pengadil mental mengadili perlawanan bola sepak antara pasukan Malaysia menentang pasukan China. Malaysia kalah 3-0 tapi still layak ke pusingan kedua.

Tengahari ada kenduri kahwin belakang rumah pulak. Pukul 2p.m nak pi exam lagi. Pi makan je le, takyah rewang. Lari dari tugas mat belia. hehe. Ketemu lagi diepisod akan datang.

p/s - Banyak makan kepala ikan, tu yang pelupa. :p

4 ulasan:

  1. nak best lagi kalau kau terlupa memakai sependa ka ka ka

    BalasPadam
  2. Hanya diwaktu malam aku dengan sengaja tidak memakai spenda. jajaja

    BalasPadam
  3. terlupa zip seluar pantaloon tu bukan ka dah jadi kebiasaan yincik?

    BalasPadam
  4. GRIFFIN666 a.k.a Yincik Yani - Itu pagi mamai la. Selamat belalai tak keluar. jajajajaja

    BalasPadam