Sabtu, 6 November 2010

Peperiksaan Akhir Tahun.

Hari ni penat. Pagi-pagi lagi aku sudah ke sebuah gedung membeli-belah yang tidak terkenal bagi golongan muda-mudi sekarang - Amcorp Mall, Petaling Jaya. Yang membonceng aku, Din (bukan nama sebenar). Din kata "tekak aku gatal lah nak minum Root Beer!". Disebabkan dia nak belanja, aku memilih risiko "rezeki jangan ditolak" - terima kasih Din. Kami sarapan di restoran A&W (amboi kau, dah macam omputih!).  Sebelum sempat sampai ke kaunter, terdengar suara seorang Uncle memaki hamun seorang lelaki yang berjimat meletakkan kereta secara percuma di kawasan restoran - parkir di Amcorp Mall dikenakan cas. Lelaki tua itu seraya berkata "Lu pokai punya orang. Pigi mati lah!" Mungkin lelaki yang berjimat itu tidak faham rutin kerja lelaki tua tersebut, atau mungkin lelaki tua itu tidak menahu lelaki berjimat itu nak beli "sanita" bini pun tak lepas. Ahh.. abaikan je lah. Aku tiba di kaunter mengambil order. Aku memilih menu corney hotdog dan Root Beer gelas besar. Sungguh menggairahkan rasa kuah hotdog tu.


Perut dah kenyang, sambung perjalanan kembali ke bangunan Amcorp Mall. Suasananya berbeza dari pusat membeli belah lain. Hampir tiada mat rempit yang berpeleseran di sana. Bilangan orang serani lebih ramai dari mereka. Jajaja. Barang yang dijual kebanyakkannya barangan antik. Kebiasaanya aku ke sana untuk membelek piring hitam. Siapa kata piring hitam tiada tempat di hati pendengar Malaysia? Mungkin mereka lebih selesa mendengar lagu dari format digital. Aku masih memilih piring hitam sebagai halwa telinga berbanding cakera padat kerana lontaran bunyi darinya lebih tulen dari yang berformat digital. Aku tak membeli hari ni. Hanya si Din yang membeli. Aku terhenti di suatu sudut. Memerhatikan turntable berjenama soundscape. Apa yang menariknya, ianya built in "Phono Stage", bermakna tidak perlu disambungkan ke amplifier bersaluran phono. Boleh sebarang amp je. Adeh, banyak lagi benda nak beli. Tak jadi le nak berangan. Nanti le aku cerita pasal piring hitam dan turntable pulak.



Ok, berbalik ke topik asal (berapa panjang mau lari lagi  topik daa..). Besok paper "Office Software Application". Kena study sekarang. Sekian, terima kasih.

7 ulasan:

  1. aku suka tengok ekspresi uncle yang pissed off tu cakap "pooookai punya orang" kat mamat yang buat-buat tak bersalah itu

    BalasPadam
  2. weh, kau nak skrip shoutbox tersorok macam aku tu tak? nanti boleh la "salam singgah" ha ha ha ha ha

    BalasPadam
  3. gambar sanita tu sepatutnya di bungkus dengan surat kabar.

    BalasPadam
  4. Memang tidak sesuai dibalut dengan kertas minyak. hehe

    BalasPadam
  5. amcorp? hei..dkt ngn my work place..;D

    BalasPadam
  6. Besok ada interview kat sebelah Amcorp Mall. :D

    BalasPadam