Ahad, 28 November 2010

Memori Daun Pisang Part 1.

Assalamualaikum. Bertemu kembali dirancangan masak memasak bersama saya. hehe. Sorry le gang sebab lambat buat posting. Komputer riba aku telah dikejarkan ke hospital akibat kerosakan kronik pada skrin. Alhamdulillah, masih memiliki desktop berkuasa kura-kura untuk kegunaan kecemasan. Hari ni hujan lagi. Menggigil di rumah. Sambil mendengar alunan mp3 album A Dead Sinking Story dendangan Envy, aku menaip kisah memori hidup aku.

Tiba-tiba teringat memori lama hidup. Tu yang tergerak nak menaip ni. Aku dilahirkan di Sg. Manik, Teluk Intan, Perak - seperti yang tercatat pada no. kad pengenalan aku. Aku rasa aku dilahirkan kat umah kot. Sebelum keluarga (mak, abah, aku dan lagi 2 orang adik beradik) aku datang bermastautin di Shah Alam, aku tinggal di Flat Sg. Way. Tak tau le blok berapa dan tingkat berapa. Rasanya sekitar tahun 1987 / 1988 keluarga aku berhijrah ke Shah Alam.

Ketika mula berhijrah ke Shah Alam, persekitarannya masih belum maju. Masih wujud ladang kelapa sawit di sini- tapi aku takde le berumah di ladang kelapa sawit (gile ke!). Aku tinggal di rumah teres kos rendah 2 tingkat yang memiliki 2 bilik dan 1 bilik air. Kesemua rumah di sini masih lagi dalam keadaan standard dan belum direnovate menjadi sebesar istana. Ketika itu agak mudah untuk melihat rumah jiran sebelah atau nak mengorat kerana rumah kami hanya dipisahkan oleh pagar dawai yang rendah. Nak melangkah ke rumah sebelah amatlah mudah. Tapi time tu aku masih kecil - tinggi pagar tu rasanya pada paras hidung aku kot. Ketika baru berpindah, abah aku masih belum mempunyai kereta. Terasa amat sukar untuk ke mana-mana ketika itu. Kami sekeluarga menaiki bas di Klang jika mahu pulang ke kampung. Ketika itu Klang amat gah dengan pasaraya Great Wall nye. Kalau nak beli baju raya, situlah menjadi tempat tumpuan ramai. Tapi sekarang pasaraya itu tidak lagi wujud akibat kebakaran yang memusnahkan dan melenyapkan terus premis tersebut pada tahun 2003.


Kalau dulu naik bas bukan main seksa (sekarang pun sama jugak kot). Berebut nak naik bas. Kalau balik kampung naik bas, kena standby plastik. Takut muntah dalam bas. haha. Sampai kampung, bas tak berenti depan tangga rumah. Rumah jauh. Masuk ikut lorong. Jadi, kena le telepon saudara mintak pick up. Paling azab bila pulang berhari raya. Memang terasa nak minum sirap disiang hari. Tapi bali raya naik bas memang syok sebenarnya. Dapat melihat ragam manusia balik raya. Walaupun sekarang dah balik raya naik kereta, aku masih lagi teringin nak merasa kehangatan beraya naik bas. Kadang-kadang terasa jaki pulak naik kereta dengan adik aku apabila time panas terik tidak berangin ditengah kesesakan jalan raya, dia boleh layan bukak tingkap sedangkan aku begitu mendambakan penghawa dingin. Adeh.. Tapi tetap bersyukur masih dapat pulang berhari raya. :D

Cukuplah setakat ni entri untuk kali ini. Sorry, tak banyak yang aku ingat perkara sebelum aku memasuki alam persekolahan. Low memory daa. Nanti sambung kisah zaman persekolahan pulak. Until we meet again next time. :)

4 ulasan:

  1. oo..ingatkan sg manik tu rekaan semata-mata.tak sangka betul-betul wujud.

    BalasPadam
  2. Ceh. Sila google maps untuk mendapat lokasi yang tepat. :)

    BalasPadam
  3. aku dan keluarga menaiki bas Cekap Express yang beroperasi dari PJ Old Town untuk pulang ke berhari raya di desa. Bas itu tiada mempunyai penghawa dingin maka berpeluhlah kalau naik waktu tengahari. Kalau nasib baik pemandu akan memasang video cerita kungfu wakakaka..

    BalasPadam
  4. Aku teringat masa naik bas pi JB masa main gig kat sana. Pasang cerita kung fu kecing..kecing.. bunyi pedang. Tak boleh lena dibuatnya. Hampeh! jajajaja

    BalasPadam