Sabtu, 13 November 2010

Maafkan Aku.

Hari ini seperti biasa, pergi kerja lambat. Sudah hampir menjadi rutin harian aku untuk lambat ke tempat kerja. Di dapur sudah terhidang nasi lemak, makanlah dulu. Selepas menyalakan rokok dan memainkan pemain mp3, dengan menaiki motorsikal berkuasa sederhana tapi power, aku pun bergerak ke tempat kerja. Ketika leka dibuai irama hadko di atas motor, aku terlihat di depan mataku 3 penunggang motorsikal terlibat di dalam kemalangan. Aku sememangnya seorang yang lemah semangat apabila melihat kemalangan jalan raya. Seorang terbaring di atas jalan, seorang terduduk di tepi dan seorang lagi pada jarak 10meter ke hadapan tersembam ditepi longkang. Penunggang yang simpati berhenti ditepi jalan. Mereka melambai kearah aku memohon bantuan. Apa tindakan aku? Aku hanya melintas sambil memberi isyarat maaf. Minta maaf kerana tidak dapat membantu. Aku merasa simpati kepada yang terlibat tetapi aku memang tak berupaya menolong. Aku memang fobia melihat kemalangan. Aku tidak langsung menoleh keadaan mangsa namun aku masih merasa meremang, jantung berdegup kencang dan bergetar kepala lutut sebelum dan selepas melintas lokasi kejadian. Selepas berlalu, aku hanya mampu berdoa kepada mangsa supaya mereka selamat. Aku ingin memohon maaf sekali lagi kerana tidak dapat membantu. Aku memikirkan kebanyakkan masa kerja aku adalah di atas jalan raya. Aku kena kuat semangat juga untuk memandu. Balik kerja tadi, aku bawak motor 60km/sejam. Masih terbayang tragedi tersebut. Semoga mangsa yang terlibat dalam keadaan yang selamat. Amin.

Moral: Berhati-hati di jalan raya. Pandu cermat, jiwa selamat.

2 ulasan:

  1. moto yincik boleh TERlaju dari 60kmh ka?

    BalasPadam
  2. Kat motor ada sticker "Usha boleh, pinjam sorry!". jajajaja

    BalasPadam