Khamis, 18 November 2010

Cuti - Cuti.

Semalam cuti raya. Hari ni cuti lagi dan besok pun cuti gak. Apa nak jadi dengan aku ni? Nak kata beraya dengan anak bini, aku ni masih Han Solo lagi. Bukan balik kampung pun. Duduk rumah je. Mak, abah, Din, Amy dan Dina balik kampung. Aku dan adik aku berparti bujang kelaparan takde orang masak kat rumah. hehe. Tak boleh nak pi beraya. Kereta adik aku rosak. (alasan jimat minyak kot). Agak stress bulan ni sebab final exam + kerja 6 hari seminggu. Bila le aku nak habis belajar..

Cuti ni takde buat apa pun. Duduk rumah macam anak dara - walaupun aku seorang anak teruna. Aku mengaku, aku sedikit berperangai anti sosial. Takut terjebak budaya kuning kononnya. haha. (eleh, macam baik sangat!) Walaupun umur dah meningkat dan pengalaman lebih 20 tahun membesar di kawasan bertaraf bandaraya, tapi sebenarnya banyak lagi benda yang aku tak merasa.

Antara tempat yang kebanyakkan orang dah pergi pada umur aku sekarang tapi aku tak merasa lagi adalah:

1) Sunway Lagoon.
2) Genting Highland.
3) Kelab malam / disko (pub aku pernah pergi sebab aku pernah perform band suatu ketika dahulu).
4) Anggerik Mall (walaupun dekat dengan rumah, tapi tak pernah pergi. haha)

Ada lagi kot tapi yang ni je yang aku ingat. Ada beberapa perkara lagi yang aku ketinggalan dari rakan-rakan sebaya aku. Antaranya:

1) Belum mempunyai kereta dan memiliki lesen kereta.
2) Tak pernah naik kapal terbang.
3) Tak pernah jejakkan kaki kat Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak.
4) Belum mengikuti kursus nikah.
5) Masih tak reti bawak motor clutch.

Banyak lagi benda yang aku tak merasa beb. Aku masih perasan aku ni masih muda bergetah seperti budak baru balik PLKN. Aku tak reti berlagak macho berbohong kat semua orang yang aku ni seorang yang lengkap. Dah nama blog pun sisi terang. So, nothing to hide from me. Except personal private thing. Suka atau tidak, inilah Mohd Zailan B. Mohd Noor. Aku masih gembira menjadi orang pelik yang jarang mengikut arus semasa yakni trend. Banyak benda lagi aku kena belajar dan aku akan buat. 

P/s - Tadi niat nak taip lain, terbebel benda lain pulak. Dah macam Makcik Kiah jual kain pulak. Aku terbaca artikel dalam surat khabar The Star - 50% pasangan di Sarawak yang berkahwin, bercerai. Sungguh menyedihkan. 

1 ulasan:

  1. eh?ade komen pape ke td?
    oke.just slmt hari raya oki:)

    BalasPadam