Jumaat, 5 November 2010

Better Late Then Never - Part 2.

Berkk.. Alhamdulillah. Baru lepas makan tengahari. Ada sambal tempoyak pulak. Tu yang berselera tu. Okay, sambungan peristiwa berlaku minggu lepas. Selain kemaruk menonton filem/drama bergenre romantik komedi, aku juga meminati sukan futsal. Biasanya kami mengadakan latihan pada setiap hari Khamis jam 10pm. Posisi aku adalah penjaga gol.

Walaupun aku tidak setangkas Karel Stromsik mahupun Hassan Miskam sewaktu muda, tapi aku sudah terbiasa dengan posisi tersebut. Memang kebanyakkan pemain akan cuba mengelak untuk memikul posisi tersebut. Nak cerita lebih kang naik angkuh pulak aku. hehe. Berbalik kepada topik asal. Minggu lepas aku terlibat dalam pertandingan futsal entah apa entah. Anjuran Belia Barisan Nasional agaknya. Sorry penganjur. Lupa daa. Pedulikan anjuran siapa pun, yang penting yuran penyertaan hanya RM20 satu pasukan. Jajaja. Biasanya penganjur menetapkan yuran penyertaan minimum sebanyak RM60. Rasanya yang ini termurah. Kami menghantar dua pasukan - Kepuk FC dan 19 Barat (berdasarkan nama kawasan tempat tinggal kami). Aku mewakili pasukan 19 Barat. Kami diletakkan di dalam kumpulan bersama 3 pasukan lain. Perlawanan pertama kami kalah 0-1, kedua menang percuma 3-0 (pasukan tak datang) dan ketiga seri 1-1. Pada mulanya kami menyangkakan perjuangan kami sudah terhenti setakat peringkat kumpulan kerana perbezaan jaringan gol. Tiba-tiba kami menerima panggilan hangit mengatakan kami layak ke pusingan kedua. Ketika itu kami sudah berada di gerai makan bagi meraikan kekalahan kami. hehe. Apa lagi, pemandu kami menekan pedal minyak sambil berdiri membawa kami kembali ke veneu pertandingan. (Anda tidak digalakkan meniru aksi tersebut!). Target awal sebenarnya hanyalah layak ke pusingan kedua sahaja. Biasalah, sebelum ni hanya mampu bertahan setakat peringkat kumpulan sahaja. Rupa-rupanya kami layak ke pusingan seterusnya berdasarkan bilangan bolos. Maafkan kami ye pasukan Bukit Saga. hehe.

Pada pusingan kedua, perlawanan kedua-dua pasukan seimbang (ceh, dah macam pengulas sukan pulak!). Tapi tuah berpihak kepada pasukan 19 Barat. Jaringan gol 1-0 sudah cukup memadai untuk melayakkan   kami ke pusingan ketiga. Yahuuu! Kami sudah berjaya melepasi penanda aras kami. Sebelum bermula perlawanan pusingan ketiga, aku sempat makan nasi ayam bagi mengisi perut ku yang dah mula ber-orkestra. Pemain lain tidak makan kerana mereka harus menjaga stamina berlari mereka. Itu lah kelebihan penjaga gol - kurang berlari. hehe. Aku makan sambil ditemani penyokong setia kami yang lapar nasik akibat penat bersorak.

Sambung perlawanan. Kami dipertemukan dengan pasukan belia berbangsa India. Rekod perlawanan mereka menang besar semua perlawanan. Perasaan takut mula menyelubungi kami. Takut kalah besar. Pada perlawanan tersebut, kami kalah tipis 1-0. Perjalanan kami terhenti di sini sahaja. Kami harus akur dengan kemahiran mereka. Entah apa yang diaorang makan entah. hehe. Walaupun kami kandas dipusingan ketiga, tapi kami tetap berpuas hati kerana melepasi target pusingan kedua. Kami akan berusaha yang terbaik pada pertandingan yang akan datang.

p/s - Kepada anak buah aku (Nurirdina Safiyah) - "Sorry ye. Uncle curik sikit koko Crunch.
        Sedap pulak". hehe.

2 ulasan:

  1. ha ha ha bagus, review perlawanan, jarang aku tengok dalam blog. kekalahan tipis itu tidak seharusnya dijadikan kayu pengukur prestasi sebenar, ia banyak dipengaruhi oleh faktor tidak menggunakan pad lutut dan pengalas siku.

    BalasPadam
  2. Mungkin sesi pemanas badan yang diabaikan faktor utama kepincangan barisan. Jajaja

    BalasPadam