Ahad, 28 November 2010

Memori Daun Pisang Part 1.

Assalamualaikum. Bertemu kembali dirancangan masak memasak bersama saya. hehe. Sorry le gang sebab lambat buat posting. Komputer riba aku telah dikejarkan ke hospital akibat kerosakan kronik pada skrin. Alhamdulillah, masih memiliki desktop berkuasa kura-kura untuk kegunaan kecemasan. Hari ni hujan lagi. Menggigil di rumah. Sambil mendengar alunan mp3 album A Dead Sinking Story dendangan Envy, aku menaip kisah memori hidup aku.

Tiba-tiba teringat memori lama hidup. Tu yang tergerak nak menaip ni. Aku dilahirkan di Sg. Manik, Teluk Intan, Perak - seperti yang tercatat pada no. kad pengenalan aku. Aku rasa aku dilahirkan kat umah kot. Sebelum keluarga (mak, abah, aku dan lagi 2 orang adik beradik) aku datang bermastautin di Shah Alam, aku tinggal di Flat Sg. Way. Tak tau le blok berapa dan tingkat berapa. Rasanya sekitar tahun 1987 / 1988 keluarga aku berhijrah ke Shah Alam.

Ketika mula berhijrah ke Shah Alam, persekitarannya masih belum maju. Masih wujud ladang kelapa sawit di sini- tapi aku takde le berumah di ladang kelapa sawit (gile ke!). Aku tinggal di rumah teres kos rendah 2 tingkat yang memiliki 2 bilik dan 1 bilik air. Kesemua rumah di sini masih lagi dalam keadaan standard dan belum direnovate menjadi sebesar istana. Ketika itu agak mudah untuk melihat rumah jiran sebelah atau nak mengorat kerana rumah kami hanya dipisahkan oleh pagar dawai yang rendah. Nak melangkah ke rumah sebelah amatlah mudah. Tapi time tu aku masih kecil - tinggi pagar tu rasanya pada paras hidung aku kot. Ketika baru berpindah, abah aku masih belum mempunyai kereta. Terasa amat sukar untuk ke mana-mana ketika itu. Kami sekeluarga menaiki bas di Klang jika mahu pulang ke kampung. Ketika itu Klang amat gah dengan pasaraya Great Wall nye. Kalau nak beli baju raya, situlah menjadi tempat tumpuan ramai. Tapi sekarang pasaraya itu tidak lagi wujud akibat kebakaran yang memusnahkan dan melenyapkan terus premis tersebut pada tahun 2003.


Kalau dulu naik bas bukan main seksa (sekarang pun sama jugak kot). Berebut nak naik bas. Kalau balik kampung naik bas, kena standby plastik. Takut muntah dalam bas. haha. Sampai kampung, bas tak berenti depan tangga rumah. Rumah jauh. Masuk ikut lorong. Jadi, kena le telepon saudara mintak pick up. Paling azab bila pulang berhari raya. Memang terasa nak minum sirap disiang hari. Tapi bali raya naik bas memang syok sebenarnya. Dapat melihat ragam manusia balik raya. Walaupun sekarang dah balik raya naik kereta, aku masih lagi teringin nak merasa kehangatan beraya naik bas. Kadang-kadang terasa jaki pulak naik kereta dengan adik aku apabila time panas terik tidak berangin ditengah kesesakan jalan raya, dia boleh layan bukak tingkap sedangkan aku begitu mendambakan penghawa dingin. Adeh.. Tapi tetap bersyukur masih dapat pulang berhari raya. :D

Cukuplah setakat ni entri untuk kali ini. Sorry, tak banyak yang aku ingat perkara sebelum aku memasuki alam persekolahan. Low memory daa. Nanti sambung kisah zaman persekolahan pulak. Until we meet again next time. :)

Isnin, 22 November 2010

Tayangan larut malam.

Assalamualaikum. Kisah semalam sebenarnya. Melayan filem "My Sassy Girl" versi Hollywood yang asalnya difilemkan di Korea (tak tau la Korea utara atau selatan) hasil adaptasi dari siri kisah benar surat cinta ditulis oleh Kim Ho-sik yang diterjemahkan kepada novel sebelum digarap menjadi sebuah filem. Amat mengasyikkan. Biasalah, komen dari penggemar genre komedi romantik. Kisahnya mengenai seorang jejaka bernama Charlie Bellow (lakonan Jesse Bradford) yang bertemu dengan si gadis manis bernama Jordan Roark a.k.a si pemabuk yang cantik dan kaya (lakonan Elisha Cuthbert) yang dalam keadaan mabuk dan membahayakan di stesen keretapi bawah tanah lalu mamat ni membawa pulang si pemabuk ini ke apartmentnya dan mereka tidak melakukan seks. (haha!)

Pada awal episod percintaan mereka, si pemabuk ini memang banyak menyusahkan si Charlie ni. Dibulinya si Charlie ni sehingga menggagalkan kerjaya si Charlie yang seperti seorang lurus bendul. Beliau sentiasa melayan karenah gila si pemabuk ni. Tetapi lama kelamaan Charlie walaupun tahu si pemabuk ini seperti orang gila, tapi mula merasakan yang beliau telah mula jatuh cinta kepada si pemabuk cantik bernama Jordan Roark. Percintaan mereka ditentang oleh bapa si pemabuk yang beranggapan si Charlie ni punca tabiat kaki botol si Jordan.

Pada suatu hari, si pemabuk menyuruh Charlie menulis surat cinta mengenai perasaan masing-masing dan menyimpannya di dalam sebuah termos dan meminta membacanya pada tahun akan datang. Pada masa yang ditetapkan, hanya Charlie saja muncul. Di dalam surat yang ditulis si pemabuk, beliau menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku kepada diri si pemabuk dan kenapa beliau bertindak seperti membuli si Charlie. Hanya pada keesokan harinya si pemabuk memunculkan diri untuk membaca surat si Charlie.

Pada pengakhiran cerita, mereka dipertemukan kembali oleh mak kepada bekas tunang Jordan yang juga mak kepada sepupu Charlie atau senang cakap, makcik dia le. Pada pertemuan dramatik itulah mereka berkucup untuk kali pertama dan filem ini disudahi dengan tiada adegan seks langsung dalam cerita (hahaha!).

Daripada aku membebel yang bukan-bukan, lebih baik aku review filem. hehe. Bagi menghangatkan rasa asmara anda, ini aku sertakan petikan klip video cerita tersebut. Lagu tersebut mendodoi aku tidur lena semalam. hehe. Walaupun filem ini dah lama, tapi mungkin masih ada yang belum menontonnya. Untuk mendapat impak yang lebih hebat, adalah disarankan untuk menonton yang versi Korea. Yang tu aku belum download lagi. Ada kelapangan nanti aku download. :)

p/s - Harap maaf jika review aku tidak tepat. Ini hanya sekadar pandangan peribadi sahaja.

Sabtu, 20 November 2010

Hari Kiamat.

Assalamualaikum. Baru lepas terbaca fakta mengenai tanda-tanda hari kiamat kat Wikipedia. Aku terbaca hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad yang berbunyi "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." 


Kebanyakkan tanda-tanda kiamat itu datang dari perbuatan manusia itu sendiri. Ego manusia. Sifat tamak dan menurut nafsu. Kenapa dunia ini tidak aman? Semua orang tahu tapi buat tak tahu. Keinginan untuk berkuasa melampaui batas-batas. Nostradamus juga ada berkata "Selagi di dunia ini ada kebuluran, dunia ini tidak akan aman". Dan aku juga pernah terbaca disuatu artikel berbunyi "Dunia ini hanya akan aman sebentar - apabila Nabi Isa kembali turun ke bumi." - Tanda besar hari kiamat.


Jangka hayat bumi ini sudah tidak lama. Jauhi sifat tamak dan berfikir mengikut nafsu. Hapuskan ego dan dendam sesama kita. Sekurang-kurangnya kita yang sedar dapat memanjangkan jangka hayat bumi - dari mempercepatkan hari kiamat itu sendiri. Aku terdetik nak baca tanda-tanda hari kiamat tu sebab aku dah penat bergaduh. Berdendam. Jadi, sudah masanya untuk aku bertolak ansur.  Aku dah penat membohong. Kadang-kadang tak salah pun kalau kita mengalah. Anggaplah ia sebagai pengorbanan. Aku mahu hidup lama dan berkawan dengan semua orang tak kira latar belakang bangsa, agama, taraf hidup, umur, jantina, penyakit keturunan penganggur, orang kaya etc. Aku takut ada orang yang mendoakan keburukkan untuk aku. Aku akan sentiasa mendoakan kebaikkan untuk kamu semua. Insyallah..


p/s - Masih lagi stress dengan kebajikan dan persekitaran kerja sekarang. Solution = cari kerja baru. Mengharap ada berita baik hasil temuduga sebelum ini. :)

Khamis, 18 November 2010

Cuti - Cuti.

Semalam cuti raya. Hari ni cuti lagi dan besok pun cuti gak. Apa nak jadi dengan aku ni? Nak kata beraya dengan anak bini, aku ni masih Han Solo lagi. Bukan balik kampung pun. Duduk rumah je. Mak, abah, Din, Amy dan Dina balik kampung. Aku dan adik aku berparti bujang kelaparan takde orang masak kat rumah. hehe. Tak boleh nak pi beraya. Kereta adik aku rosak. (alasan jimat minyak kot). Agak stress bulan ni sebab final exam + kerja 6 hari seminggu. Bila le aku nak habis belajar..

Cuti ni takde buat apa pun. Duduk rumah macam anak dara - walaupun aku seorang anak teruna. Aku mengaku, aku sedikit berperangai anti sosial. Takut terjebak budaya kuning kononnya. haha. (eleh, macam baik sangat!) Walaupun umur dah meningkat dan pengalaman lebih 20 tahun membesar di kawasan bertaraf bandaraya, tapi sebenarnya banyak lagi benda yang aku tak merasa.

Antara tempat yang kebanyakkan orang dah pergi pada umur aku sekarang tapi aku tak merasa lagi adalah:

1) Sunway Lagoon.
2) Genting Highland.
3) Kelab malam / disko (pub aku pernah pergi sebab aku pernah perform band suatu ketika dahulu).
4) Anggerik Mall (walaupun dekat dengan rumah, tapi tak pernah pergi. haha)

Ada lagi kot tapi yang ni je yang aku ingat. Ada beberapa perkara lagi yang aku ketinggalan dari rakan-rakan sebaya aku. Antaranya:

1) Belum mempunyai kereta dan memiliki lesen kereta.
2) Tak pernah naik kapal terbang.
3) Tak pernah jejakkan kaki kat Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak.
4) Belum mengikuti kursus nikah.
5) Masih tak reti bawak motor clutch.

Banyak lagi benda yang aku tak merasa beb. Aku masih perasan aku ni masih muda bergetah seperti budak baru balik PLKN. Aku tak reti berlagak macho berbohong kat semua orang yang aku ni seorang yang lengkap. Dah nama blog pun sisi terang. So, nothing to hide from me. Except personal private thing. Suka atau tidak, inilah Mohd Zailan B. Mohd Noor. Aku masih gembira menjadi orang pelik yang jarang mengikut arus semasa yakni trend. Banyak benda lagi aku kena belajar dan aku akan buat. 

P/s - Tadi niat nak taip lain, terbebel benda lain pulak. Dah macam Makcik Kiah jual kain pulak. Aku terbaca artikel dalam surat khabar The Star - 50% pasangan di Sarawak yang berkahwin, bercerai. Sungguh menyedihkan. 

Selasa, 16 November 2010

Hybrid Animal.

Ni haa entri sempena Hari Raya Haji. Dari dok asyik menengok artis celop, meh aku hidangkan kat korang binatang kacuk. -  Eh, bole ke kacuk, mak? Haa.. ni yang mak nak cerita ni.. (hanya segelintir sahaja binatang jinak dapat disajikan untuk tatapan semua kali ini.)

AMARAN: Tiada satu pun binatang kacukan ni boleh disembelih untuk dikorbankan sempena hari raya Haji.

10. Tiger + Lion  = Liger/Tigon.

9. Wolf + Dog = Wolf Dog.

8.  Pigs + Wild Boar = Iron Age Pigs.

7. Horse + Zebra = Zorse.

6. Camel + Llama = Cama.


5. Grizzly bear + Polar Bear = Grolar / Pizzly.

4. Leopard + Lion = Leopon.

3. Golden Pheasant + Lady Amherst Pheasant = Hybrid Pheasant.

2. Dolphin + Whale = Wolphin.

1. Tiger + Liger = Ti-Liger.

Dapat gambaran sekarang? Hah, sapa ajar kau "Mengkarung" kacuk "Lembu" jadi "Menglembu"? Itu nama tempat la dol. Ok, ni ha ada lagi satu binatang hybrid. Aku tak tau dia kacuk dengan siapa. Korang tolong beri jawapan untuk aku. 


Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf zahir dan batin. :)

Isnin, 15 November 2010

Irama Muda Mudi.

Disuatu hari ketika berehat sambil mendengar kaset..


Ghani:  Wargh..wargh..entah apa yang disebutnya. Paham ke?". 
Aku:  Yang ko minat sangat kat lagu tamil naidu tu, ko paham ke?"


Kesimpulan - Muzik juga adalah cabang seni. :)

Ahad, 14 November 2010

Ralat.

Hari ni sibuk. Pagi tadi aku dalam keadaan ralat. Orang pi periksa petang, aku pi sebelum subuh. Apa kejadahnya? Penderitaan ini ditambah lagi dengan aku terlupa tutup zip seluar masa tiba di venue peperiksaan tadi. Ada gadis semasa pulak tu kat situ. Diaorang tak perasan kot. Adeh.. Dengan gaya cool aku selamba mambe menarik zip. Adeh, tersangkut pulak. Aksi itu berlarutan selama 20saat agaknya. Maskot aiskrim Mat Kool pun reti zip seluar.

Ketika tiba, aku mula sangsi dengan keadaan sekeliling. Tak nampak pun kelibat classmate aku. Aku cuba menghubungi seseorang. Panggilan hangit dijawab. Sah, aku salah timing. Untuk mengubat hati yang lara, aku pun menghubungi Karim untuk mengajak mengeteh. Kami berbual pasal pengadil mental mengadili perlawanan bola sepak antara pasukan Malaysia menentang pasukan China. Malaysia kalah 3-0 tapi still layak ke pusingan kedua.

Tengahari ada kenduri kahwin belakang rumah pulak. Pukul 2p.m nak pi exam lagi. Pi makan je le, takyah rewang. Lari dari tugas mat belia. hehe. Ketemu lagi diepisod akan datang.

p/s - Banyak makan kepala ikan, tu yang pelupa. :p

Sabtu, 13 November 2010

Maafkan Aku.

Hari ini seperti biasa, pergi kerja lambat. Sudah hampir menjadi rutin harian aku untuk lambat ke tempat kerja. Di dapur sudah terhidang nasi lemak, makanlah dulu. Selepas menyalakan rokok dan memainkan pemain mp3, dengan menaiki motorsikal berkuasa sederhana tapi power, aku pun bergerak ke tempat kerja. Ketika leka dibuai irama hadko di atas motor, aku terlihat di depan mataku 3 penunggang motorsikal terlibat di dalam kemalangan. Aku sememangnya seorang yang lemah semangat apabila melihat kemalangan jalan raya. Seorang terbaring di atas jalan, seorang terduduk di tepi dan seorang lagi pada jarak 10meter ke hadapan tersembam ditepi longkang. Penunggang yang simpati berhenti ditepi jalan. Mereka melambai kearah aku memohon bantuan. Apa tindakan aku? Aku hanya melintas sambil memberi isyarat maaf. Minta maaf kerana tidak dapat membantu. Aku merasa simpati kepada yang terlibat tetapi aku memang tak berupaya menolong. Aku memang fobia melihat kemalangan. Aku tidak langsung menoleh keadaan mangsa namun aku masih merasa meremang, jantung berdegup kencang dan bergetar kepala lutut sebelum dan selepas melintas lokasi kejadian. Selepas berlalu, aku hanya mampu berdoa kepada mangsa supaya mereka selamat. Aku ingin memohon maaf sekali lagi kerana tidak dapat membantu. Aku memikirkan kebanyakkan masa kerja aku adalah di atas jalan raya. Aku kena kuat semangat juga untuk memandu. Balik kerja tadi, aku bawak motor 60km/sejam. Masih terbayang tragedi tersebut. Semoga mangsa yang terlibat dalam keadaan yang selamat. Amin.

Moral: Berhati-hati di jalan raya. Pandu cermat, jiwa selamat.

Jumaat, 12 November 2010

Terima kasih.

Terima kasih kerana singgah. 
Terima kasih kerana mengulas. 
Terima kasih kerana terhibur. 
Terima kasih kerana tergelak.
Dan terima kasih kalau menyampah.

-Aziz Singgah.

Menaip ejaan dengan betul tanpa mengelat menggunakan shortform hipster amat memuaskan hati aku. :D

Khamis, 11 November 2010

Kau sokong parti apa?

Tadi pegi interview lagi. Disambut oleh gadis manis dan ditemuduga oleh "Encik" yang Sporting Gijon habis. Antara soalan cepumas yang ditanya tadi:

Encik: Kau sokong parti apa?
Aku: Undi adalah rahsia Encik.
Encik: Kat sini orang politik.
Aku: Saya sokong parti XYZ.
Encik: Ko aktif dengan diaorang tak?
Aku: Tak.
Encik: Hobi kau apa?
Aku: Main futsal.. (belum sempat habis menjawab dia mencelah)
Encik: Takde lain la tu.
Aku: Ade la Encik.
Encik: Kau ada gefren tak?
Aku: Takde. (dengan gaya tersipu-sipu)

Moral: Apakah kewajaran bertanya soalan begitu bagi sesi temuduga? Aku lebih suka gaya penemuduga yang begini. :D

Rabu, 10 November 2010

Super Troopers

9/11 - Dua hari yang sibuk. Aku menghadiri peperiksaan bagi kertas subjek Princple of Corporate Compliance. Entah apa yang dijawab. Kalau dapat "A" bukan aku boleh jadi lawyer pun. (Aku ambil kursus Pengurusan Pejabat). Habis paper melepak sambil mengumpat di kedai mamak  (hell yeah! ). Tengahari tu mendapat perkhabaran lagi - jemputan temuduga di Petaling Jaya pada hari Khamis. Kena pegi jugak beb -dah fakap dengan kerja sekarang. Petang kena bergegas ke pejabat seorang teman untuk memohon chop mohor - besok ada interview. Dalam perjalanan terserempak dengan kemalangan yang meragut kereta. Itulah akibatnya melanggar lampu trafik. Petang chill kejap dengan kawan-kawan. Malam melayan cerita "Super Troopers". Kelakar sehingga terasa nak menghisap "crack'. jajaja. Korang kena layan cite beb. Directed by Jay Chandrasekhar dan dilakonkan oleh gang Broken Lizard . Lepas tengok cerita tu, melayan study pasal interview besok pulak. Kang tergagap-gagap aku besok. Internet lembab. Tu yang tak update blog. Malam ni tido awal. Kroohh..zzz..kroohh..zzz..

10/11 - Bangkit awal hari ni. Semangat interview. Tapi ada yang lagi awal pegi. Sya (classmate "senget" - haha) pun attend interview post yang sama gak. Jumpa kat sana. Hari ni memang kena skema habis. Bertali leher berkasut runcing lagi. Sebelum ditemuduga, mempersiap dan memperkasakan diri dulu dengan membaca nota dan menemuramah orang yang sudah ditemuramah. Aku pun menyoal :

Aku: Bro, apa soalan ditanya tadi? Susah tak?
Bro: Dia ajak sembang je. (Berjalan meninggalkan aku).
Aku: Menyampah!


Baru aku nak interview, dia dah lari. Macam artis pulak. Giliran si Sya yang ke 5 manakala aku yang ke 13. Selepas dia ditemuramah, aku pulak ada temuramah dia balik. Soalan yang dia tanya si Sya ni boleh la senang tapi aku tak sanggup bercerita jawapan yang diberi. Jajaja. Sabar je la nok. Turn aku tiba. Tutup pintu dan terus bagi resume+sijil. Stage pertama soalan lebih banyak berkisar kepada tatanegara. Soalan stage kedua pula berkisar tentang kerja aku sekarang. Alhamdulillah, semua soalan boleh jawab. Main goreng je. Balik sunbath atas motor dari Putrajaya sampai rumah. - panas terik woo!

*Besok ada interview lagi - company swasta pulak. Belasah je la.

Sabtu, 6 November 2010

Peperiksaan Akhir Tahun.

Hari ni penat. Pagi-pagi lagi aku sudah ke sebuah gedung membeli-belah yang tidak terkenal bagi golongan muda-mudi sekarang - Amcorp Mall, Petaling Jaya. Yang membonceng aku, Din (bukan nama sebenar). Din kata "tekak aku gatal lah nak minum Root Beer!". Disebabkan dia nak belanja, aku memilih risiko "rezeki jangan ditolak" - terima kasih Din. Kami sarapan di restoran A&W (amboi kau, dah macam omputih!).  Sebelum sempat sampai ke kaunter, terdengar suara seorang Uncle memaki hamun seorang lelaki yang berjimat meletakkan kereta secara percuma di kawasan restoran - parkir di Amcorp Mall dikenakan cas. Lelaki tua itu seraya berkata "Lu pokai punya orang. Pigi mati lah!" Mungkin lelaki yang berjimat itu tidak faham rutin kerja lelaki tua tersebut, atau mungkin lelaki tua itu tidak menahu lelaki berjimat itu nak beli "sanita" bini pun tak lepas. Ahh.. abaikan je lah. Aku tiba di kaunter mengambil order. Aku memilih menu corney hotdog dan Root Beer gelas besar. Sungguh menggairahkan rasa kuah hotdog tu.


Perut dah kenyang, sambung perjalanan kembali ke bangunan Amcorp Mall. Suasananya berbeza dari pusat membeli belah lain. Hampir tiada mat rempit yang berpeleseran di sana. Bilangan orang serani lebih ramai dari mereka. Jajaja. Barang yang dijual kebanyakkannya barangan antik. Kebiasaanya aku ke sana untuk membelek piring hitam. Siapa kata piring hitam tiada tempat di hati pendengar Malaysia? Mungkin mereka lebih selesa mendengar lagu dari format digital. Aku masih memilih piring hitam sebagai halwa telinga berbanding cakera padat kerana lontaran bunyi darinya lebih tulen dari yang berformat digital. Aku tak membeli hari ni. Hanya si Din yang membeli. Aku terhenti di suatu sudut. Memerhatikan turntable berjenama soundscape. Apa yang menariknya, ianya built in "Phono Stage", bermakna tidak perlu disambungkan ke amplifier bersaluran phono. Boleh sebarang amp je. Adeh, banyak lagi benda nak beli. Tak jadi le nak berangan. Nanti le aku cerita pasal piring hitam dan turntable pulak.



Ok, berbalik ke topik asal (berapa panjang mau lari lagi  topik daa..). Besok paper "Office Software Application". Kena study sekarang. Sekian, terima kasih.

Jumaat, 5 November 2010

Better Late Then Never - Part 2.

Berkk.. Alhamdulillah. Baru lepas makan tengahari. Ada sambal tempoyak pulak. Tu yang berselera tu. Okay, sambungan peristiwa berlaku minggu lepas. Selain kemaruk menonton filem/drama bergenre romantik komedi, aku juga meminati sukan futsal. Biasanya kami mengadakan latihan pada setiap hari Khamis jam 10pm. Posisi aku adalah penjaga gol.

Walaupun aku tidak setangkas Karel Stromsik mahupun Hassan Miskam sewaktu muda, tapi aku sudah terbiasa dengan posisi tersebut. Memang kebanyakkan pemain akan cuba mengelak untuk memikul posisi tersebut. Nak cerita lebih kang naik angkuh pulak aku. hehe. Berbalik kepada topik asal. Minggu lepas aku terlibat dalam pertandingan futsal entah apa entah. Anjuran Belia Barisan Nasional agaknya. Sorry penganjur. Lupa daa. Pedulikan anjuran siapa pun, yang penting yuran penyertaan hanya RM20 satu pasukan. Jajaja. Biasanya penganjur menetapkan yuran penyertaan minimum sebanyak RM60. Rasanya yang ini termurah. Kami menghantar dua pasukan - Kepuk FC dan 19 Barat (berdasarkan nama kawasan tempat tinggal kami). Aku mewakili pasukan 19 Barat. Kami diletakkan di dalam kumpulan bersama 3 pasukan lain. Perlawanan pertama kami kalah 0-1, kedua menang percuma 3-0 (pasukan tak datang) dan ketiga seri 1-1. Pada mulanya kami menyangkakan perjuangan kami sudah terhenti setakat peringkat kumpulan kerana perbezaan jaringan gol. Tiba-tiba kami menerima panggilan hangit mengatakan kami layak ke pusingan kedua. Ketika itu kami sudah berada di gerai makan bagi meraikan kekalahan kami. hehe. Apa lagi, pemandu kami menekan pedal minyak sambil berdiri membawa kami kembali ke veneu pertandingan. (Anda tidak digalakkan meniru aksi tersebut!). Target awal sebenarnya hanyalah layak ke pusingan kedua sahaja. Biasalah, sebelum ni hanya mampu bertahan setakat peringkat kumpulan sahaja. Rupa-rupanya kami layak ke pusingan seterusnya berdasarkan bilangan bolos. Maafkan kami ye pasukan Bukit Saga. hehe.

Pada pusingan kedua, perlawanan kedua-dua pasukan seimbang (ceh, dah macam pengulas sukan pulak!). Tapi tuah berpihak kepada pasukan 19 Barat. Jaringan gol 1-0 sudah cukup memadai untuk melayakkan   kami ke pusingan ketiga. Yahuuu! Kami sudah berjaya melepasi penanda aras kami. Sebelum bermula perlawanan pusingan ketiga, aku sempat makan nasi ayam bagi mengisi perut ku yang dah mula ber-orkestra. Pemain lain tidak makan kerana mereka harus menjaga stamina berlari mereka. Itu lah kelebihan penjaga gol - kurang berlari. hehe. Aku makan sambil ditemani penyokong setia kami yang lapar nasik akibat penat bersorak.

Sambung perlawanan. Kami dipertemukan dengan pasukan belia berbangsa India. Rekod perlawanan mereka menang besar semua perlawanan. Perasaan takut mula menyelubungi kami. Takut kalah besar. Pada perlawanan tersebut, kami kalah tipis 1-0. Perjalanan kami terhenti di sini sahaja. Kami harus akur dengan kemahiran mereka. Entah apa yang diaorang makan entah. hehe. Walaupun kami kandas dipusingan ketiga, tapi kami tetap berpuas hati kerana melepasi target pusingan kedua. Kami akan berusaha yang terbaik pada pertandingan yang akan datang.

p/s - Kepada anak buah aku (Nurirdina Safiyah) - "Sorry ye. Uncle curik sikit koko Crunch.
        Sedap pulak". hehe.

Rabu, 3 November 2010

Malas.


Minta maaf. Aku belum bersedia berkongsi rentetan "Better Late Then Never - Part 2". Kemalasan masih menyelubungi jiwa. Penat bekerja sebenarnya. Mata mula berkabus - rabun agaknya. Masih belum selesai dengan kontrak seminggu installation di Bandar Sunway (Aku sendiri yang meletak timeline seminggu. Hehe). Besok mungkin hari terakhir di sana. Ada sedikit lagi kerja yang harus diselesaikan. Tak lalu beb. Diaorang pun dah mual asyik tengok muka aku. Aku hanya mengganggu rutin harian kerja mereka sahaja. Sudahlah. Mari berehat sebentar bersama
cekelat kitkat :)



Isnin, 1 November 2010

Better Late Then Never - Part 1.

Aku bukanlah pengemar kugiran Butterfingers pun seperti yang disangka. Sekadar mukadimah pemula bebelan. Sorry lambat update. Internet kena potong. Ni baru bayar bil internet. hehe. Hari ni mahu berkongsi rangkuman apa yang telah berlaku minggu lepas. Aku ni bukanlah penggemar menulis diari sebenarnya. Rasanya ada 3/4 bulan je pengalaman menulis diari. Itu pun semasa di bangku sekolah - pengaruh rakan sebaya. Ntah kat mana sekarang diari tu. Rasanya kat tapak perlupusan sampah kot. hehe. Seminggu berehat dari study, mula-lah merancang mengisi masa. Tiba-tiba aku teringat. Aku belum selesai memuat turun drama "Grey's Anatomy" musim ke-6.
Aku memang taksub dengan drama tu. Aku tak menonton siaran kat ntv7 tu. Aku tak minat melangkau episod. Masa siaran tak sesuai. Jadi, aku belilah dalam format cakera padat digital. Aku ada memiliki koleksi dari musim pertama hingga kelima. Tapi sedikit mendukacitakan. Boxset musim kelima tu sarikatanya berbahasa Thai. Tapi dialognya masih lagi berbahasa Inggeris. Bedal aje lah Labuu. Barang murah ni memang banyak peel. hehe. Musim keenam ni aku memilih cara untuk memuat turun sahaja. Kalau aku download di rumah, kelajuannya bersamaan dengan kelajuan kura-kura berjalan. Maksimum pun boleh pergi setakat 35kb sahaja. Data yang nak didownload 8GB! Pada suatu hari, terdetik hati nak bawak komputer riba aku ke pejabat - nak download free kat opis. Agak terkezut aku melihat kelajuannya - 400kb++! Dengan rasa gumbira ketawa berdekah-dekah di dalam hati aku mendownload tanpa membayar sesen pon! Jajaja. Tapi apa kan daya, aku kat pejabat selalunya tak lama - lebih kurang sejam je sebelum membawa haluan ke tempat customer. Aku terpaksa memanfaatkan masa yang ada untuk memuat turun drama tersebut kedalam komputer riba aku. Hari aku menaip bebelan ni, dah 91% siap. Besok sambung lagi download sampai siap. hehe. Sorry-lah gang, episod rangkuman ini akan disambung pada "Better Late Then Never - Part 2". Penat jari jemari ni menaip. Masa untuk bermain "Mafia Wars". hehe. Selamat maju jaya :)

Moral - Hutang ni macam penyakit Kayap. So, janganlah melengahkan membayar bil. :)