Rabu, 27 Oktober 2010

Sabar je la k..

Korang mesti tertanya-tanya, apa kejadahnya aku letak header "Sabar je la k.." kat blog aku? Ayatnya ringkas tapi tak memberi makna (bagi aku le). Apa modus operandi aku guna ayat tu? Sebab utama dah tentulah aku punya blog, aku punya suka le. hehe. Sebab lain pulak sebenarnya ada yang dah tau. Hatta, al-kisah suatu ketika dulu aku pernah post kat fb tak glamer aku tu. Dah lama dah. Kalau korang merungut atau ditimpa musibah (biasalah, korang kan suka share benda-benda macam ni.), adakah ayat ni akan memberi impak maksima kat korang? Rasa nak karaoke lagu Marabahaya? Atau rasa nak main drift? Ayat tu semacam berbau melepaskan batuk di tangga Sogo je (merungut aku). Kadang-kadang terasa macam mengejar populariti murahan pulak. Adalah lebih baik kalau kita  sama-sama berdoa dan mencari jalan penyelasaian. Tawakal tanpa berusaha pun tak jadi jugak - macam main loteri.


 Moral - Teringat kat ayat Ustazah Siti Nor Bahyah - "Anda buat, anda  dapat" :)

1 ulasan:

  1. kalau aku cako peha kau, saje je.. buat entry macam nih.

    BalasPadam