Selasa, 26 Oktober 2010

Interview.

Bukan senang mau jadi senang. Last aku dapat peluang interview kerajaan tahun 2008. Time tu memang aku tak ready - kelam kabut. Abang aku kahwin hari Sabtu - hari Ahad ada paper final exam - hari Isnin tu aku diinterview. Tapi sebenarnya tu semua alasan aku je tak ready. Jajaja. Yang sebenarnya, aku tak baca pun surat panggilan temuduga tu apa yang nak disediakan. Dengan resume tulis tangan, fotokopi i.c takde dan gambar tak ketip, selamba mambe tebal muka je aku pi interview. Lalu berkatalah yang menemuduga aku tu "Kalau kamu dapat ni dikira nasib je la.." Aku pun pasrah lah sambil menyanyi lagu "Pasrah" dendangan Erra Fazira. Tapi interview tetap berjalan, sekadar melepas batuk di eskalator je le. Kali ni aku kena ready beb. Tragedi Oktober tu tak patut berulang. Doakan aku berjaya ye. Terima kasih daun keladi..

p/s - Orang kata keje gomen ni masyuuk. Iye ke? :P

4 ulasan:

  1. p/s - Orang kata keje gomen ni masyuuk. Iye ke? :P

    iya!!

    BalasPadam
  2. 1st interview gomen, berterabur. saya malu sampai sekarang. haha

    BalasPadam