Rabu, 27 Oktober 2010

Sabar je la k..

Korang mesti tertanya-tanya, apa kejadahnya aku letak header "Sabar je la k.." kat blog aku? Ayatnya ringkas tapi tak memberi makna (bagi aku le). Apa modus operandi aku guna ayat tu? Sebab utama dah tentulah aku punya blog, aku punya suka le. hehe. Sebab lain pulak sebenarnya ada yang dah tau. Hatta, al-kisah suatu ketika dulu aku pernah post kat fb tak glamer aku tu. Dah lama dah. Kalau korang merungut atau ditimpa musibah (biasalah, korang kan suka share benda-benda macam ni.), adakah ayat ni akan memberi impak maksima kat korang? Rasa nak karaoke lagu Marabahaya? Atau rasa nak main drift? Ayat tu semacam berbau melepaskan batuk di tangga Sogo je (merungut aku). Kadang-kadang terasa macam mengejar populariti murahan pulak. Adalah lebih baik kalau kita  sama-sama berdoa dan mencari jalan penyelasaian. Tawakal tanpa berusaha pun tak jadi jugak - macam main loteri.


 Moral - Teringat kat ayat Ustazah Siti Nor Bahyah - "Anda buat, anda  dapat" :)

Selasa, 26 Oktober 2010

Interview.

Bukan senang mau jadi senang. Last aku dapat peluang interview kerajaan tahun 2008. Time tu memang aku tak ready - kelam kabut. Abang aku kahwin hari Sabtu - hari Ahad ada paper final exam - hari Isnin tu aku diinterview. Tapi sebenarnya tu semua alasan aku je tak ready. Jajaja. Yang sebenarnya, aku tak baca pun surat panggilan temuduga tu apa yang nak disediakan. Dengan resume tulis tangan, fotokopi i.c takde dan gambar tak ketip, selamba mambe tebal muka je aku pi interview. Lalu berkatalah yang menemuduga aku tu "Kalau kamu dapat ni dikira nasib je la.." Aku pun pasrah lah sambil menyanyi lagu "Pasrah" dendangan Erra Fazira. Tapi interview tetap berjalan, sekadar melepas batuk di eskalator je le. Kali ni aku kena ready beb. Tragedi Oktober tu tak patut berulang. Doakan aku berjaya ye. Terima kasih daun keladi..

p/s - Orang kata keje gomen ni masyuuk. Iye ke? :P

Ahad, 24 Oktober 2010

Terjebak.

Berpandukan kepada tajuk di atas, hari ni bermula titik sejarah aku terjebak menjadi "blogger boy" - bukan dipengaruhi oleh siri drama 8tv pon. Akibat dipengaruhi oleh rakan tak sebaya - conclusion dari perbualan kedai kopi, aku rasa aku kena le cuba gak. Terasa lebih bebas rasanya jari ni menaip di blog dari mengpost status semasa di laman sosial sensasi terkini meletop kesukaan ramai sekarang (ala, yang korang join tu le). Sorry gang, sebenarnya time agak tak kena jugak aku nak bermula mengblog ni. Besok aku start final exam daa.. Nantikan je le post seterusnya nanti. 





Moral - Subjek Pendidikan Moral bukan matapelajaran teras bagi pelajar sekolah yang beragama Islam. :-)